Executive Education – Bahasa Malaysia

Tarikh
Masa
(USD800*)
Yuran
Mod Latihan
Dalam landskap perniagaan dan organisasi masa kini, keperluan terhadap kelestarian, tadbir urus yang beretika, serta tanggungjawab sosial semakin menjadi keutamaan kepada pihak berkepentingan termasuk pelanggan, pelabur, pengawal selia dan masyarakat umum. Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social & Governance, ESG) bukan lagi satu pilihan, tetapi telah menjadi elemen penting dalam memastikan kelangsungan dan daya saing organisasi dalam jangka panjang.
Program Kesedaran ESG ini dibangunkan untuk memberi kefahaman menyeluruh kepada peserta mengenai konsep, prinsip dan kepentingan ESG dalam konteks organisasi. Program ini bertujuan membina kesedaran bahawa ESG bukan sekadar tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi, tetapi memerlukan penglibatan dan komitmen semua peringkat pekerja. Melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan praktikal, peserta akan didedahkan kepada tiga teras utama ESG:
Program ini bertujuan membentuk minda dan budaya kerja yang bertanggungjawab serta beretika, meningkatkan kesedaran tentang peranan individu dalam menyokong agenda ESG, dan menggalakkan tindakan kecil tetapi berimpak tinggi ke arah organisasi yang lebih mampan. Sepanjang dua hari program, peserta bukan sahaja akan memahami teori dan konsep ESG, malah akan dibimbing untuk mengenal pasti isu, risiko serta peluang ESG dalam konteks operasi harian organisasi masing-masing. Kajian kes, perbincangan kumpulan dan aktiviti praktikal akan membantu peserta mengaitkan prinsip ESG dengan situasi sebenar di tempat kerja.

Pada akhir program ini, peserta akan dapat:

Meenachi Muniandy (Jessica)
Pensyarah Adjung
09 - 10 Sep
2026
In-person
* Tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 8%.
* Yuran tidak termasuk penginapan di ASB Residential (Kediaman ASB) bagi peserta luar kawasan / luar negara; namun penginapan boleh diuruskan dengan kos tambahan.
* Harga dalam USD adalah harga anggaran sahaja. Semua yuran akan diinvois dalam Ringgit Malaysia (RM).
* Amaun dalam USD dipaparkan sebagai rujukan sahaja dan tertakluk kepada kadar pertukaran semasa pada tarikh pembayaran.