Executive Education – Bahasa Malaysia

Prinsip Kewangan untuk Pengurus Bukan Kewangan

Terms & Conditions
Cover image
22 - 23 Jul 2026

Tarikh

9:00 AM – 5:00 PM

Masa

RM3,200*

(USD800*)

Yuran

Secara Bersemuka

Mod Latihan

Overview

Kursus ini membekalkan pengurus dan eksekutif organisasi dengan kefahaman kewangan yang praktikal serta teknik analisis asas bagi mentafsir maklumat kewangan, menilai prestasi perniagaan, dan menyokong proses pembuatan keputusan dengan lebih berkesan dan mampan. Peserta akan bermula dengan memahami struktur dan kandungan penyata kewangan sebelum meneliti teknik analisis bagi mengenal pasti trend, isu, dan implikasi prestasi organisasi. 

Sepanjang program, peserta akan didedahkan kepada konsep penilaian pelaburan, analisis keuntungan, analisis pulangan modal, serta prinsip belanjawan dan kawalan kewangan. Pembelajaran bertumpu kepada kesan keputusan pengurusan dan operasi terhadap pulangan kewangan yang menjadi asas perancangan, pengawalan kos, penetapan harga, dan pemantauan prestasi. 

Dengan pendekatan pembelajaran yang berasaskan aplikasi dan situasi perniagaan yang sebenar, kursus ini membantu para peserta membina kompetensi dan keyakinan dalam menggunakan kewangan sebagai bahasa perniagaan bagi menyokong pengembangan strategik dan pencapaian matlamat organisasi dengan lebih efektif.

Default Image

Program Faculty

profile image

Eddy Yap

Pensyarah Adjung

22 - 23 Jul

2026

Prinsip Kewangan untuk Pengurus Bukan Kewangan 

In-person

RM 3,200*

* Tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 8%.
* Yuran tidak termasuk penginapan di ASB Residential (Kediaman ASB) bagi peserta luar kawasan / luar negara; namun penginapan boleh diuruskan dengan kos tambahan. 
* Harga dalam USD adalah harga anggaran sahaja. Semua yuran akan diinvois dalam Ringgit Malaysia (RM).
* Amaun dalam USD dipaparkan sebagai rujukan sahaja dan tertakluk kepada kadar pertukaran semasa pada tarikh pembayaran.