
Mengenai Kami

The Iclif Executive Education Center, the Asia School of Business mengendalikan program eksekutif berimpak tinggi dalam kepimpinan, pengurusan, kelestarian, tadbir urus korporat, dan teknologi. Disokong oleh penyelidikan bertaraf dunia dan bimbingan eksekutif, program kami diterajui oleh fakulti ASB yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Iclif komited untuk melengkapkan para profesional dan pemimpin kanan dengan keupayaan untuk berkembang maju dalam persekitaran perniagaan dinamik hari ini.

Program kami menyokong pembangunan profesional pemimpin merangkumi pengurusan junior hingga pengurusan kanan, pengurusan atasan (C-Suites) dan Pengarah, bagi membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk menjadi pemimpin yang efektif.
Setiap program direka khusus untuk melengkapkan para pemimpin dengan pengetahuan teras, kemahiran serta instrumen inovatif bagi mengemudi dunia yang semakin berkembang dan kompleks.
Dibimbing oleh barisan fakulti ASB yang diiktiraf di peringkat global, program kami direka untuk memperkasakan impak kepimpinan serta melonjakkan prestasi organisasi.
The ICLIF Leadership and Governance Centre (Iclif): Rentetan Perjalanan Menuju Pusat Kecemerlangan Antarabangsa
Penubuhan Iclif dengan matlamat untuk menyediakan latihan dalam bidang kepimpinan dan tadbir urus khusus bagi institusi kewangan

The Financial Institutions Directors' Education (FIDE) telah dipindahkan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Iclif

Perasmian pejabat baharu Iclif di Platinum Sentral oleh Pengerusi, Zeti Akhtar Aziz

Inaugurated the annual Leadership Energy Summit Asia (LESA) with world renowned speakers

Integrasi strategik antara Iclif dan Asia School of Business (ASB)

The ICLIF Leadership and Governance Centre (Iclif): Rentetan Perjalanan Menuju Pusat Kecemerlangan Antarabangsa
Penubuhan Iclif dengan matlamat untuk menyediakan latihan dalam bidang kepimpinan dan tadbir urus khusus bagi institusi kewangan

Sejak sekian lama, kami telah mengukir pencapaian yang signifikan dalam mengendalikan program yang berimpak tinggi, di mana angka-angka ini mencerminkan komitmen jitu kami terhadap kecemerlangan serta jangkauan global penawaran kami.

Kami diiktiraf atas kepakaran dalam bidang perniagaan serta reka bentuk pembelajaran khusus (custome-built) bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.

Sesi Latihan kami menerapkan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman seperti role play, lawatan industri, perbincangan kes, hackathon, simulasi serta pendekatan fasilitasi yang mencetuskan pemikiran dan mencabar minda.

Hubungan erat dengan pelanggan membolehkan kami memahami isu-isu kritikal dan merangka penyelesaian yang berkesan.

Kami beroperasi dalam sebuah pusat yang komprehensif untuk memperkasa individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi berkembang maju dalam dunia yang saling berhubung dan berubah dengan pantas.

ASB menerajui penyelidikan gunaan melalui pusat bertaraf dunia yang memajukan penyelidikan saintifik dan kerjasama industri, serta menghimpunkan pakar pemikir ASB dan sarjana jemputan bagi menangani isu-isu kritikal di Asia dan dunia sedang pesat membangun, terutamanya dalam bidang Masa Depan Pendidikan, Alam Sekitar (ESG), dan Pemerkasaan.

Sekolah perniagaan kami yang unggul serta kemudahan kediaman merupakan antara yang terbesar di rantau ini, dilengkapi sepenuhnya dengan ruang pembelajaran berteknologi tinggi.
Bersikap rendah hati dan secara proaktif membantu orang lain mencapai kejayaan
Memberi dan menerima maklum balas
Mewujudkan pengalaman yang positif dan bermakna buat pelanggan dan rakan sekerja
Sentiasa mengutamakan sangkaan baik
Berfikir seperti pemilik dan melaksanakannya hingga berjaya
Alamat
Hubungi
execed@asb.edu.my