Kumpulan Jaringan

Meja Bulat Biz Titans

Platform dialog, bertukar perspektif, dan membentuk masa depan.

Mengenai Meja Bulat Biz Titans

Biz Titans Roundtable menghimpunkan kumpulan terpilih yang terdiri daripada pengarah lembaga, pemimpin C-suite, pengawal selia, serta penggubal dasar merentas sektor perniagaan dan kewangan untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu global dan serantau yang kritikal. Format dialog ini menggalakkan perbincangan terbuka dan telus, berteraskan penyelidikan, serta memberi memberi tumpuan kepada implikasi praktikal terhadap dasar dan kepimpinan perusahaan.

icon

Dialog. Perdebatan. Pengaruh.

icon

Pemimpin. Pengawal Selia. Penggubal Dasar.

icon

Isu Global. Impak Serantau.

Mengenai Asia School of Business

Hos Kami

Asia School of Business (ASB) merupakan hab pendidikan yang diiktiraf di peringkat global yang memacu penyelidikan berimpak, melahirkan pemimpin transformatif, serta membawa perspektif Asia ke persada dunia.

Berpandukan etos "Tinjauan Global, Jati Diri Tempatan" (Global Inquiry, Local Heart), ASB menghubungkan kepimpinan pemikiran global dengan realiti serantau – menjadikannya penganjur yang ideal bagi Biz Titans Roundtable.

Manfaat Keahlian

icon

Jaminan Tempat Bagi Semua Sesi Syarahan

icon

Jemputan ke Sesi Jaringan Eksklusif

icon

Sesi Meja Bulat Tertutup Bersama Penceramah

icon

Akses kepada Bahan Sesi dan Rakaman

icon

Akses Utama bagi Program Akan Datang

icon

Pengiktirafan sebagai Sebahagian daripada Rangkaian Kepimpinan

Rakan Kerjasama Kami

icon

icon

icon

icon

Catatkan Pada Kalendar Anda

Acara Akan Datang

Acara Lepas

location

04 May 2026

Geoekonomi, Mobilisasi Modal dan Masa Depan Pertumbuhan di Asia

location

TRX City Main Office, Level 23, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat, Tun Razak Exchange

Dalam mendepani suasana pemecahan geoekonomi, ketegangan perdagangan, dan transformasi teknologi, sesi meja bulat ini akan menghimpunkan para pemimpin perniagaan untuk membincangkan dua cabaran utama bagi fasa pertumbuhan Asia yang seterusnya: Mengurus risiko dan merebut peluang dalam persekitaran global yang berubah secara drastik. Menggembleng modal bagi pembangunan hijau dan lestari, termasuk melalui pembiayaan campuran (blended finance). Perbincangan ini akan meneroka bagaimana dasar-dasar makro berkembang, cara perniagaan bertindak balas terhadap peralihan rantaian bekalan serta ketidaktentuan pelaburan, dan bagaimana Asia dapat mengekalkan dinamisme ekonominya dalam dekad yang akan datang. Memandangkan sebahagian pandangan dan penilaian bersifat sensitif terhadap masa, Asia School of Business tidak akan menerbitkan nota daripada sesi Meja Bulat ini.

location

06 Mar 2026

Menjenamakan Semula Naratif Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia

location

Kuala Lumpur, Malaysia

Malaysia mampu memposisikan Kuala Lumpur sebagai peneraju kewangan global dengan memanfaatkan sistem kewangan dwiperbankan serta memperkasakan bakat sedia masa hadapan demi memacu daya tahan, inovasi, dan kepimpinan kewangan mampan.

location

13 Aug 2025

Biz Titans Roundtable bersama Pemenang Hadiah Nobel, Prof. Robert C. Merton

location

Kuala Lumpur, Malaysia

Edisi sulung ASB Biz Titans Roundtable telah menghimpunkan barisan pemimpin kanan perniagaan dan kewangan bagi membincangkan keselamatan persaraan, inovasi pencen, dan sistem kewangan. Perbincangan ini berpaksikan hasil kerja pemenang Hadiah Nobel, Prof. Robert C. Merton. Antara sorotan utama termasuklah pengenalan Bon Keselamatan Persaraan/ Retirement Security Bonds (RSB) sebagai penyelesaian persaraan yang inklusif, serta perbincangan mendalam mengenai mata wang digital dan reka bentuk polisi kewangan yang berpaksikan fungsi, berbanding institusi semata-mata.

Tokoh Berwibawa

Penceramah Utama

profile image

Joseph Cherian

CEO, President, Dean, and Distinguished Professor

profile image

Marti Subrahmanyam

Professor of Finance, NYU Stern School of Business

profile image

Robert C. Merton

School of Management Distinguished Professor of Finance

profile image

Bo Li

Deputy Managing Director, International Monetary Fund (IMF)

Jadilah sebahagian daripada komuniti pencetus perubahan dalam dunia perniagaan masa hadapan!