Executive Education – Bahasa Malaysia

Tarikh
Masa
(USD800*)
Yuran
Mod Latihan
Kursus dua hari ini bertujuan untuk memberikan pemahaman menyeluruh dan praktikal mengenai indikator ekonomi utama yang digunakan bagi menilai prestasi dan hala tuju ekonomi negara. Melalui kursus ini, peserta akan diperkenalkan kepada konsep asas ekonomi serta kepentingan indikator ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), inflasi, kadar pengangguran, kadar faedah, imbangan perdagangan dan kadar pertukaran mata wang.
Kursus ini juga memberi penekanan kepada cara membaca, mentafsir dan menganalisis data ekonomi secara berkesan, serta memahami hubungan antara indikator ekonomi dengan keputusan perniagaan, pelaburan dan dasar awam. Pada akhir program, peserta dapat menggunakan maklumat ekonomi dengan lebih yakin, mengelakkan salah tafsir data ekonomi, serta membuat keputusan yang lebih bermaklumat berdasarkan trend dan keadaan ekonomi semasa.

Pada akhir program ini, peserta akan dapat:

Meenachi Muniandy (Jessica)
Pensyarah Adjung
03 - 04 Nov
2026
In-person
* Tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 8%.
* Yuran tidak termasuk penginapan di ASB Residential (Kediaman ASB) bagi peserta luar kawasan / luar negara; namun penginapan boleh diuruskan dengan kos tambahan.
* Harga dalam USD adalah harga anggaran sahaja. Semua yuran akan diinvois dalam Ringgit Malaysia (RM).
* Amaun dalam USD dipaparkan sebagai rujukan sahaja dan tertakluk kepada kadar pertukaran semasa pada tarikh pembayaran.