Program Pendidikan Eksekutif
Bagi memperkasa dan menyokong pembangunan eksekutif yang menggunakan Bahasa Malaysia melalui perspektif perniagaan global yang dinamik, Asia School of Business (ASB) memperkenalkan Program Pendidikan Eksekutif Bahasa Malaysia atau Bahasa Malaysia Executive Education Programs (BEEP). Program berprestij ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan pakar industri dan tenaga akademik berpengalaman luas, yang bukan sahaja fasih berbahasa Bahasa Malaysia, malah memiliki perspektif serta pendedahan global yang mendalam.
Melalui pendekatan pembelajaran berimpak tinggi yang merangkumi perbincangan kajian kes kontemporari, analisis strategik serantau, dan sesi pembelajaran interaktif, para peserta akan memperoleh pemahaman menyeluruh tentang trend perniagaan global serta dinamika landskap Asia yang kian berkembang. Program ini bertujuan membentuk eksekutif dan pemimpin yang berkeupayaan memimpin dalam persekitaran rentas budaya, membuat keputusan strategik dengan yakin, serta membangunkan pandangan dunia yang tajam dan berpandangan jauh bagi mengemudi peluang dan cabaran masa hadapan dengan berkesan.

Program ini untuk eksekutif, eksekutif kanan, penolong pengurus dan pengurus peringkat pertengahan daripada sektor kerajaan dan swasta, serta sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran (upskilling) atau menjalani kemahiran semula (reskilling), bagi memperkukuh keupayaan dan mempersiapkan peserta dengan kepakaran dalam kepimpinan, tadbir urus korporat, kelestarian, teknologi, geopolitik dan bidang strategik lain bagi menghadapi cabaran persekitaran kerja yang dinamik.
View